Moh Mengeteh Kita | Green Tea



Salam semua..moh mengeteh kita?he he..ngajak ayam je bunyinya??Tak de lah,saya ikhlas.. mana-mana blogger yang nak mengeteh dengan saya, anytime  je..asalkan bukan masa saya nak tidur sudah lah..hu hu.Ada member yang bertanya saya minum apa yang boleh turun berat badan?Jadi saya nak berkongsi dengan anda semua teh apa yang di minum oleh saya kebelakangan ini.


Haa..ni dia nya,GREEN TEA made exclusively for Prince Of Peace Enterprise USA.Itu yang di tulis di kotaklah, mak cik pembuat teh di tempat kerja saya selalunya buat setekoh besar begini supaya senang sesiapa yang nak minum.Dah la free kan? nak minum ambil sahaja, gula pun jimat sebab teh ini di minum tanpa gula.Tak pernah pulak saya dengar orang minum teh hijau bergula..??



Bukannya iklan ataupun promosi,tiada niat nak meniaga pun..rasanya teh ini pun tak mahal mana,dalam sekotak ada dalam 20 bag kecil.Rakan saya beli di kedai farmasi ubatan cina.Harganya dalam anggaran RM7.50 sahaja sekotak.Ada tanda logo halal South East Asia dan saya yakin halal.Di buat dari 100% teh yang di tanam secara organik.

Antara kelebihan teh ini yang ketara,bila kita buang air besar terasa beserta dengan lebihan minyak makanan yang kita makan sebelumnya di buang sekali.Terbaik di minum panas-panas selepas  anda makan makanan yang banyak.Selain itu bila anda membuang air kecil pun terasa lawas sahaja,tak sangkut-sangkut..hu hu.Selamat mencuba..Wassalam.




Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Ahad, Oktober 03, 2010

26 Komen:

  1. Elok buang toksin tu....
    ckLah nak mengroti canai sekali, boleh?

    BalasPadam
  2. @ckLah@xiiinam

    Boleh je cikgu
    mengeroti telur lah sekali
    he he..

    BalasPadam
  3. Salam,

    Boleh cuba nanti,selalu minum chineese tea kat pantry office...

    BalasPadam
  4. @Mankuchai

    Teh cina pun bagus juga Man
    menyejukkan badan kita yang
    selalu pans ni..he he..(orang muda
    la katankan..)

    BalasPadam
  5. salam zulk..makcik nak cubalah kalau hanya boleh dibeli dikedai ubat cina.

    BalasPadam
  6. Kami pun suka minum teh, bole cuba try test ni..hehe

    BalasPadam
  7. @mohdandmeriam

    Selamat mencuba Mak cik..
    minuman herba sebegini
    elok di amalkan..

    BalasPadam
  8. @LiFe KaMi

    Moh kita..sebenarnya ada byk
    jenama teh hijau ni..khabarnya
    lipton dengan boh pun ada dah
    sekarang..minum yang tu pun okey..

    BalasPadam
  9. salam..ini bukan iklan percuma kan, bro zul????

    BalasPadam
  10. nampak macam menarik jer..
    boleh usha nanti..

    BalasPadam
  11. @sahromnasrudin

    Iklan buat kengkawan je..
    sapa nak beli kena beli
    sendirik di kedai..he he

    BalasPadam
  12. Nampak gayanya kawan kena carik kat bandor kawan nei kut ada ... boleh kurang buncit sikit perut nei, pun dah ok.

    BalasPadam
  13. oo..saya penggemar teh..bila2 boleh la cari teh ni. baru je semalam minum teh detox...heee....perisa pudina..

    BalasPadam
  14. Teh o memang pilihan saya..skrg suka minum teh berperisa apple dan peach..nyaman damai rasanya bila berbuka puasa kena teh o panas2..nak try green tea pulak yg ternyata bnyk kebaikannya..

    BalasPadam
  15. Oooo..

    inilah rahsianya..
    lalalala

    BalasPadam
  16. teh utk kesihatan ni. tp tekak ni tak leh nak telan selain dr teh biasa tu (lipton or boh) yg ade perisa strawberry pun tak lalu. jakun btull sy ni.hehehhe

    BalasPadam
  17. i luv tea...say no 2 coffee he3

    BalasPadam
  18. salam
    jarang2 je minum teh hijau
    mungkin mulai sekarang perlu lebih kerap

    BalasPadam
  19. Aslmkm Zul.
    Perkongsian yg baik.
    Kak G pun minum juga bila orang serve chinese tea/green.
    Bila beli, dah ler jarang2 sekali buat. Masa Kak G p Beijing ratusan renmimbi/yuen juga ler selamat! :)
    Tapi banyak Kak G bg kat sedara & friends.

    BalasPadam
  20. teh hijau nie bagus... tak letak gula kan??

    BalasPadam
  21. salam cik zul
    hana pon minum green tea... mula2 rasa xbest sb mcm payau2 aje tp lama2 ok

    BalasPadam
  22. boleh cari untuk mak nanti

    BalasPadam
  23. wah kalau macam tue angah bole kurus seperti dulu laaa thanks abg zul

    BalasPadam
  24. salam..
    nak cubalah... bagus ni.. saya suka minum teh tanpa gula..hehehe

    BalasPadam
  25. boleh tanye beli teh tu kat mane? i mean location kedai tu..hehehe..tngah cari the best green tea nie..minum teh hijau boh pahit sgt..

    BalasPadam
  26. @shazwanie abu talib awecool

    Boleh..
    kawan bangsa cina saya belikan
    di ChinaTown Jalan Petaling

    BalasPadam