10-10-10 | Peristiwa



Salam berhari Isnin semua, semoga di rahmati Allah jua hendaknya kita sekalian.Sekadar berkongsi berita yang berlaku semalam.Tarikh 10-10-2010 adalah hari yang telah pergi dan tidak akan kembali lagi,namun ada peristiwa yang tersemat di dalam hati setiap individu.Baik peristiwa gembira mahupun sedih.Kita mulakan;

  Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor sah bergelar suami kepada Dr Halina Mohd Yunos dalam satu majlis yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin  semalam.Antara pasangan yang mengambil kesempatan dari tarikh 10-10-10 untuk mengabadikan kisah cinta mereka.[Gambar mStar]



Firdee Aqasha Rosli atau Aqasha tentunya boleh berbangga apabila telah mengakhiri zaman bujangnya sebagai selebriti tanpa sebarang kontroversi.Gadis pilihan hati Noor Baizura Mohd Sabri, 26 secara sah telah menjadi isteri kepada pelakon drama bersiri Mertua Vs Menantu itu, selepas selamat diijab kabulkan dalam sebuah majlis serba sederhana di kediaman pengantin perempuan di Sungai Besi [Gambar Murai Dot Com]



Malaysia ditimpa kekalahan ketiga berturut-turut malah lebih besar, kali ini kepada Australia 7-0 dalam perlawanan Kumpulan A hoki Sukan Komanwel XIX Delhi di Stadium Kebangsaan Mej. Dhyan Chand, semalam.Anak buah Stephen van Huizen yang sudah terlepas tempat separuh akhir dan sebarang pingat, kini cuma mampu menduduki tempat kedua tercorot kumpulan selepas empat perlawanan[Utusan]


Berita paling menyedihkan..Seramai 12 orang maut dan lebih 40 lagi cedera dalam satu kemalangan membabitkan dua bas, sebuah van dan tiga kereta di Kilometer 223, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Simpang Ampat di sini petang Ahad.Polis berkata kejadian berlaku pada kira-kira 6.40 petang apabila sebuah bas ekspres yang menuju ke Kuala Lumpur, gagal dikawal lalu melambung dan memasuki laluan bertentangan.[mStar]



Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Isnin, Oktober 11, 2010

21 Komen:

  1. Salam hari Isnin zul.. gitulah warna-warni kehidupan ada suka dan duka salam takziah buat keluarga mereka yang terlibat didalam kemalangan tersebut.

    BalasPadam
  2. salam,

    10.10....anak keduaku lahir kedunia ini...

    BalasPadam
  3. @ahmad humairi

    Ermmm..ada memori juga yak aok ter?he he..tahniah!

    BalasPadam
  4. @akuanakpahang

    Begitu lah gayanya kehidupan ni Yassin..gembira @ sedih lumrah kehidupan..

    BalasPadam
  5. SAlam,

    Macam-macam terjadi untuk mewarnai 10.10.10 nie.
    suka duka lumrah alam

    BalasPadam
  6. Salam...

    pasukan hoki Malaysia dh jd mcm bolasepak...
    dulu jagoan skang dh mkin malap...

    BalasPadam
  7. salam
    tahun depan 111111 plok kan??
    erm..nak kahwin r..laalalalalalala

    BalasPadam
  8. salam,

    10/10/10 satu tarikh yg sesuai untuk dijadikan kenangan...

    BalasPadam
  9. Sangat menginsafkan ..

    Ada suka - tahniah pasangan pengantin

    dan duka ..
    alfatihan buat keluarga yang terbabit

    BalasPadam
  10. 101010 - saya tdo dirumah, heheheheh

    BalasPadam
  11. salam akhi Zul...

    segala2nya telah berlaku semalam , ada suka ada duka ...hanya Allah saja yg tahu hikmah disebalik kejadian...

    Alhamdulillah ...

    masyaAllah

    BalasPadam
  12. salam,

    pasal eksiden tu sy tak perasan pun, tapi lepas penjaga tol cakap eksiden tu berlaku 10-10-10 baru lah sy perasaan

    apa2pun takziah buat keluarga mangsa

    tahniah buat dua pasangan di atas

    BalasPadam
  13. Salam sdra...

    Moga sdra sihat hendaknya...

    10-10-10 Jemputan Majlis Akad Nikah dari Mohd Farid Mohd Rashidi seorang pelajar di Universiti Azhar dan seorang blogger. Majlisnya di Dungun, Trengganu. Tak dapat hadir, jauh. Tahniah!

    Sila ke blognya : http://www.faridrashidi.com

    BalasPadam
  14. semuanya datang dari-Nya... baik dan buruk milik Allah...

    BalasPadam
  15. Salam Zul,
    Kehidupan.. yang dalam suasana kegembiraan di ucapkan Tahniah dan yang yang berada dalam kesedihan diucapakan takzian. Besabarlah semuanya dugaan Allah..

    BalasPadam
  16. byk peristiwa yg berlaku smlm...

    ksian tgk mangsa kemalangan tu...sedih dan ngeri...takziah...

    smlm saya tgk maher zain... ;)

    BalasPadam
  17. salam..saya tunggu 13.13.13..siapa berani buat????

    BalasPadam
  18. ada apa pada tarikh?
    hanya meninggalkan sebuah memori..
    pahait atau manis..

    BalasPadam
  19. salam zulk..makcik tak tenguk pun majlis tu dalam tv ..entah tak minat kahwin2 glamour ni...
    kahwin pada tarikh2 apa2 pun tak penting ..yg penting kasih sayang tolah ansur dan menerima pasangan seadanya agar rumahtangga kekal hingga akhir hayat..

    BalasPadam
  20. Macam2 perkara berlaku pada tarikh tu. Ada suka ada duka. Semoga kita semua dihindari dari segala bala dan bencana....

    BalasPadam
  21. salam..
    paling menyanyat hati pasal tragedi bas ekspress tu.. ramai yang terkorban..

    BalasPadam