Datang Bulan | Perempuan | KFC




Salam semua.. Ke tempat kerja pagi ni,naik eskalator lalu tepi KFC..saya jeling la sikit kat dalam KFC tu.,tengok ramai je orang perempuan berskirt berbaris membeli KFC pepagi buta lagi ni.Kebanyaknya saya lihat muka macam melayu,arghhhh!!...malas la nak berburuk sangka di bulan penuh pengampunan ni.Dalam dok jeling-jeling tu adalah seorang hamba Allah tu saya kenal.Fatimah nama di beri ayah bonda,merantau ke bandar mencari rezeki..bertudung di kampung,berskirt di sini..nama bertukar jadi Emma.


Gambar ni sengaja nak bagi kita semua sesama terliur..he he..

Saya tegur dia..ASSALAMUALAIKUM? Alaikumusalam jawabnya.. alhamdulillah saudara seislamku rupanya.Hang tak posa ka hari ni? Tanya saya dalam lagak kebodohan Pak Pandir moden. Woitt!!..cik Abang kita orang "period" la..mana boleh puasa,boleh makan siang..Astaqfirullahalazimmm...mengucap panjang saya. Betapa cerdiknya mulut cik adik ni menjawab.Ermmmmp..saya geleng kepala dan berlalu,sebab dekat 8 orang dalam KFC tu termasuk pekerjanya yang melayu belaka semua tengok muka saya macam pelik pulak pertanyaan saya tadi.


Dah jadi tradisi rupanya bagi setengah perempuan meraikan kedatangan "PERIOD" mereka di bulan penuh rahmat,pengampunan dan pembebasan ini??Dengan sesuka hati beli juadah tanpa rasa malu,jangan kata sesama saudara seislam.Jauh sekali rasa malu dengan Allah Azzawajallah.Sedih bila mengenangkannya,jika dulu belajar agama di Felda masa sekolah rendah ,ustaz dan ustazah pun dah ajarkan.Bila kita tak layak berpuasa,oleh kerana jika berpuasa memudaratkan, datang haid dsb maka berbukalah..TAPI!!bukan sewenang-wenangnya di khalayak tanpa segan silu.Sebaiknya cara tersembunyi,dan berlagaklah seperti orang berpuasa juga.Semuanya sebagai tanda hormat akan kemulian bulan  Ramadhan itu sendiri.


Teringat ada seorang perempuan ini lain pula kisahnya,asal bulan puasa sahaja mesti dia akan ke klinik minta ubat 'PENUNDA HAID". Ubat yang sering di gunakan sewaktu jemaah haji wanita menunaikan haji,untuk mengelak dari kedatangan haid@period mereka  .Katanya betapa sayangnya untuk meninggalkan puasa Ramadhan yang hanya datang setahun sekali,bulan yang di galakkan untuk beramal.Seandainya datang period maka rugilah beliau untuk melakukan solat tarawih tiap-tiap malam serta mencari lailatulqadar.Renung-renungkanlah...Wassalam


BUKU PANDUAN PUASA







Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Khamis, Ogos 19, 2010

74 Komen:

  1. salam,

    Mmmg betul bro,di tempat saya ni...yg "bendera merah" mmg tak tak segan makan dalam office siap pelawa lagi kita yg pose ni..

    BalasPadam
  2. salam...saya tak berani nak komen kerana tak nak mengaibkan sesiapa..semoga dia mendapat hidayah Allah SWT.....

    BalasPadam
  3. tak rasa malu ke pompuan itu...

    kalo sy , rasa malu gakla nk mkn depan org...walaupun, sy keja ngan cina (sorg je malay), tak penah lak mkn kt dpn dorg niii....malu taauuu....

    BalasPadam
  4. @Man Kuchai

    ha ha..ko pun kena jugak
    man?apa nak buat..he he
    sabor je la..

    BalasPadam
  5. walopun sy kerja di kompeni yg hanya ada 2 melayu, tp sy tetap segan nak mkn atau minum kalo bendera merah masa bulan posa. tggu lunch time, dan semua orang takde, baru curi2 minum, takpun mkn biskut. keh3x.

    BalasPadam
  6. agama dilupa budaya ditendang merata

    BalasPadam
  7. gue masa menstruasi di bulan ramadhan nih sama ja ngan orang berpuasa. tak makan tak minum. berbuka sama ja. cuma masa masak2 tuh, buleh rasa la masin ka tawar. :)

    BalasPadam
  8. walaupun dah 6 hari terpaksa mengkantoikan puasa....saya tetap puasa juga.....demi mendidik anak2.....kang dia nampak kita makan minum walau kat rumah banyak plak kemusykilan yang timbul nanti.....dah lah anak kecik lagi baru 6 tahun....bukan tau pun apa itu 'period' makanya saya sama2 berpuasa dengan anak2....
    Jadi pada pompuan2 kat luar nun yang suka menunjuk-nunjuk boleh makan sebab period....segan2lah sikit kalo pon tak segan ngan orang disekeliling...segan2lah dengan Allah tuhan yang mencipta sekalian alam.....moga2 insaf.....

    BalasPadam
  9. alhamdulillah
    tahun lepas cheqna pose penuh
    tahun ni harap keajaiban akan berlaku lagi
    rugi tinggal pose walau boleh diganti

    BalasPadam
  10. Salam...

    Ish..ish..ish..
    Bc n3 ni pun sy dah rasa malu. Agaknya masyarakat melayu yg namanya Islam dah makin terhakis sifat malu kot.
    Nampak sgt mcm x belajar agama....

    BalasPadam
  11. @cheqna

    anda akan selalu
    bertuah,insyaallah..

    BalasPadam
  12. saya ni kalau tak posa pun...mcm berposa jugak...malulah...lagi la kalau depan anak2...nnt habis dihebahkan dgn kwn2nye...
    kite ni org perempuan mesti la ade sifat malu sikit...

    BalasPadam
  13. @iza

    ermmm..kurangnya agama mungkin
    tapi faktor berkawan juga..kalau
    kawan orang yang baik kita pasti
    terikut buat yang baik..

    BalasPadam
  14. @It's Me

    anda memang ibu yang baik
    contoh terbaik anak2 adalah
    ayah dan ibu mereka..
    anak adalah "cermin mak ayah"

    BalasPadam
  15. @Nic Helena

    saya setuju cara anda
    kena hormati bulan yang mulia
    ini..setidaknya malukan Allah

    BalasPadam
  16. @GaDis CoMeL

    kita menjadi duta islam pada penganut agama lain..buruk laku kita buruk lah tanggapan mereka pada islam

    BalasPadam
  17. @MiYOKO TACHIBANA

    tak malu dan terlupa apa makna malu dah..

    BalasPadam
  18. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  19. @CekWa
    betui la te..koi pun sokong sgt semakin ramai yang tidak menghormati bulan Ramadhan yang mulia ini dengan alasan period.Apalah nak jadi dunia hari ini.
    Terliur betui nengok KFC te..nyum nyum!

    BalasPadam
  20. salam zul..
    Baru koi tau ada ubat penunda haid tu ye..

    BalasPadam
  21. Salam,

    Aki suka n3 ini.

    Itu yang alasan piriod. Yang berkepul tgh hari tanpa segan silu tu...... beragama Melayu ke?

    BalasPadam
  22. Ntahlah dunia arini. Kat kompeni lama dulu pun sama. Bila tghari dh mcm pesta mkn KFC kat opis...

    BalasPadam
  23. menda la yang diorang seronok sangat tak puasa. nanti kene ganti jugek weh. menda wajib te.

    BalasPadam
  24. amat berbeza ciri wanita 1 dengan 2..
    jika bancian dibuat, golongan wanita mana plg ramai?

    moga kita berada dalam golongan yang insaf

    BalasPadam
  25. membe sy Jothi, india (tmpt keje)...sbb km semua pose die pon xnk mkn n minum bila time lunch hour sbb hormat km y lain2 pose...bila time berbuka br die mkn same2 km...mmg best ler...tp y sedey nyer..org Melayu y beragama Islam..tanpa segan silu dtg ke kedai y sy keje beli buah n air..terus mkn dpn2..Tau le awk keje berat angkat kotak2..tp xperlulah mkn di khalayak ramai..memalukan kaum tul ler mamat 2

    BalasPadam
  26. Salam,

    Kalau tak boleh puasa pun, janganlah sampai semua orang tahu. Malu tau.Kalau nak makan pun makanlah benda yang simple2 untuk alas perut dan menyorok dari pandangan umum.

    BalasPadam
  27. salam en.zul,
    nak kata ibubapa tak didik tak tahulah pula..
    alhamdulillah.. mak ayah saya dah beri didikan yang terbaik tentang ni..
    sememangnya saya berterima kasih kepada mereka dan untuk menghormati bulan posa.. ianya sudah menjadi amalan dan kewajipan..

    BalasPadam
  28. pompuann kanns..

    salamm ramadhan abang zul ittewww

    BalasPadam
  29. Moral perbuatan mereka itu ttp mendatang kesan pada masyarakat islam itu sendiri... betapa cetek dan hinanya permikiran sesetengah drp mereka :)

    BalasPadam
  30. Tanpa Nama19 Ogos, 2010

    salam zul,
    mmg xmalu betul, kadang2 saya sndri nmpak kaum lelaki pon ada jgak makan tnpa segan silu di khlyak ramai..ape lar nak jadi..

    BalasPadam
  31. suka suka hati je dia..
    tak malu takpa la

    BalasPadam
  32. Salam Zulkbo.

    Dah hilang rasa malu dan segan. Kalau uzurpun patutnya malulah juga kan.

    BalasPadam
  33. @Nadia Abdullah

    memang yang nyata iman
    seseorang tu dalam menjalani
    ibadah puasa..wallahulam

    BalasPadam
  34. @sweetie2010.blogspot dan Cikgu Isza

    memang betul cara anda berdua..
    terima kasih berkongsi kisah anda

    BalasPadam
  35. hoi..org len pun period gak..tp tak perlu la kot g beli kepci secara terang terangan.... malu la sket..haish..

    BalasPadam
  36. baru saya tau ada ubat penunda haid tu..tak taupon sebelom ni..member yang bro koi sebut tu sepatutnya dia xleh makan terbuka.mentang2la Tuhan bg lampu hijau..diorang wat camni

    "Lawak Antara Benua oleh Kartunis Lambok"

    BalasPadam
  37. beragak la wei klu da x pose tu

    BalasPadam
  38. salam...
    betul tu.. kalau uzur sekalipun.. tetap TAK BOLEH makan di khayalak ramai.. kena makan sorok2..
    bulan puasa kenalah hormat kat orang yang berpuasa...

    BalasPadam
  39. salam cik zul
    sebagai perempuan, saya turut rasa malu..
    kaum sejantina saya sendiri yang 'mamalukan' diri sendiri..bila ditegur, katanya itu kan normal bagi wanita..apa nak dimalukan..

    tp mereka lupa, malu itu kan pakaian wanita??

    semoga ahli keluarga kita terhindar dari sifat ego mcm tu

    BalasPadam
  40. Salam...

    Bulan puasa jika tidak berpuasa sekali sebab keuzuran kenalah jaga akhlak dan adab..

    BalasPadam
  41. salam
    mmg betul tu bro
    manusia semakin akhir zaman semakin tipis adabnya

    BalasPadam
  42. ambik kesempatan le tu....ngada2..

    BalasPadam
  43. @aki net

    aduhhh..sedih kan aki
    nak kata islam tapi jauh dari
    landasannya..nauzubillah

    BalasPadam
  44. @Hana Faza-same person,Ann,Mierr

    terima kasih..ada menang wanita
    solehah..semoga Allah merahmati
    anda semua..jazakumullah

    BalasPadam
  45. @Abd Razak

    komen anda selalu saya nantikan..
    terima kasih saudara ku..

    BalasPadam
  46. @Cikgu Jang,Centando ..

    terima kasih saudaraku
    sudi beri pandangan..
    memang sedih..dunia
    semakin tua..wallahualam

    BalasPadam
  47. @ozzy

    ada dah lama dah
    ada aku bagi link
    info untuk keterangan
    lebih lanjut lagi..

    BalasPadam
  48. @Nerzhul,sop

    seronok dan berpesta
    seperti saya katakan tadi
    kadang kala diri tu malu
    tapi bila ramai berkawan yang
    tak berpuasa jadi berani dan
    hilang malunya..wallahualam

    BalasPadam
  49. Kat asrama pun kata anak-anak saya ada yang macam percaya tak percaya je period

    BalasPadam
  50. Bukan tu saja..kwn2 opis mengaku..dulu2 betapa jahilnya mereka..ms uzur...siap belikan makanan utk kwn2 lelaki yg tk puasa..

    saya pun rasa betapa ruginya bila uzur...bnyk yg sy tinggal..puasa,solat,tadarus,tarawikh...selalu berdoa muga tk uzur..

    BalasPadam
  51. wah, memang betul lah tu
    banyak perempuan yang datang haid makan minum seneka die je, tak pandang orang disekellingnye, tak malu
    Astaqfirullahalazimmm
    Tapi tak semua perempuanlah macam tu

    BalasPadam
  52. Salam kenal...

    malu lah buat perangai camtu...!
    kadang2 tu berharap jugak 'kawan baik' tak tiba dlm bulan ramadhan..boleh puasa penuh...

    BalasPadam
  53. salam,
    ada jugak jenis yg bangga tunjuk kehebatannya tak berpuasa di khayalak ramai, padahal zaman kita dulu kakak kita tak puasa pun kita tak boleh nak tahu ...hai entahlah

    BalasPadam
  54. Salam.

    takkanlah tak ada perasaan segan dalam diri masing2.

    BalasPadam
  55. sy penah keje kfc..ms bulan puasa mmg byk sgt org melayu yg x puasa..ada nurse tu pakai tdg dtg beli kfc..agak2 la..yg laki pn sama..lg2 beli kt drive thru...plekla diorg ni..sy kalo x puasa malu kalo org nmpk sy makan..kalo sesama pmpn x pela...

    BalasPadam
  56. mmm tak reti nak cover sungguh.. apa nak jd dgn diaorg ni..

    BalasPadam
  57. bolrh plak kata perod? adoi.. entah btol ke x? eh! x baik buruk sangka... hehe

    BalasPadam
  58. 'benda' tu jadi lesen untuk mereka makan sesuka hati tak kira masa..

    hormatilah orang yang berpuasa, semoga dengan hormat itu Insha Allah menjadi ibadah dan pahala yang berganda di bulan Ramadhan.

    salam ziarah ke laman abang Zul, terima kasih atas doanya..

    BalasPadam
  59. salam...

    koi x tau pulok ander ubt penunda haid nye..

    BalasPadam
  60. hurm...mmg org tu xmalu la...
    sy pon ade terjumpa org2 yg selamba je mkn sbb period...tu yg dijadikan alasan...

    klu nak mkn pon...cover2 la sket....

    BalasPadam
  61. itulah dunia skrg, sudah tidak ada rasa malu lagi, malahan menunjuk2 dan berbangga dengan "period time" mereka

    BalasPadam
  62. salam,

    hmmm saya pun tak setuju akan cara org perempuan yg period dan dgn tak malu dan bangganya pergi beli makanan di kfc atau mcd atau mana2.
    seingat saya , saya juga malu nak beritahu ayah saya tak puasa, sebab bila sahur saya tetap bangun dan makan bersama2 mak ayah, begitu juga waktu berbuka, padahal saya tak boleh puasa.
    last week, saya tak boleh puasa, tapi saya juga tak pergi beli makanan cuma minum air dan kurma dalam bilik opis yg bertutup pintu.

    BalasPadam
  63. salam.. mmg bagus nasihat ni.. ramai perempuan yang kononya uzur tak menghormati bulan puasa
    ingat kalu uzur tu tiket kepada mereka utk makan sesuka hati di khalayak ramai ke?

    BalasPadam
  64. Tanpa Nama20 Ogos, 2010

    Aslmkm Zul.
    Manusia bukan hanya dididik & terbentuk budi akhlak oleh ibu bapa tetapi oleh seluruh masyarakat juga.
    Sekarang semua dah haru & bercelaru ... terjadilah seperti itu.
    Dunia meletakkannya sebagai salah satu hak asasi manusia!
    Di Malaysia sendiri, syaratnya hanya jangan makan di khalayak ramai! Itupun penguatkuasaannya amat longgar ... malah si penguatkuasa pun ada yg ikut ceroboh juga!
    Malah Melayu yang berani menjawap, 'terlahir & didaftar Islam!'
    Salah mereka atau salah siapa, atau lebih tepat lagi DI MANAKAH SALAHNYA!

    BalasPadam
  65. Kejahilan berleluasa w/pun dah berusia. org mcm ppuan tadi telah mencemar imej agama dan telah menodai kesucian ramadhan.

    p/s= Trima kasih zulkbo atas info ini. Para kaum ibu, sila hayati

    BalasPadam
  66. Salam,
    Masa mas datang bulan pun, mas tak pernah makan kat ofis. Malahan makan semasa berbuka sekali dengan housemate...

    BalasPadam
  67. @blueCITY®

    koi sihat..
    alhamdulillah..
    cuma sibuk minggu ni

    BalasPadam
  68. @DDrfauziah| SHAMEEL |MAASLINA

    tERIMA kasih atas komen kalian
    semoga semuanya sihat selalu

    BalasPadam
  69. @Ummu Tasneem

    kefahaman tentang agama
    sendiri kurang pada mereka ni
    kadangkala bangsa@ agama lain
    lebih menghormati kita di Malaysia
    ni..sayang mereka menjadi contoh
    yang tidak baik buat penganut
    agama islam di negara kita

    BalasPadam
  70. salam abg zul lama tak kunjung sini rindu rasa nak baca n3 abg zul masa tak mengizinkan atas sebab2 tertentu yg tak bole di kongsi bersama...
    diorang nie memang tak tahu malu la...

    BalasPadam