Penyakit Darah Tinggi Dan Kita




Salam semua..Bilangan penghidap penyakit darah tinggi yang berjumlah lebih satu bilion orang di seluruh dunia dijangka meningkat kepada 1.56 bilion orang menjelang 2025.

Ia adalah satu masalah kesihatan tanpa petanda awal ataupun simptom, oleh itu lazimnya dirujuk sebagai 'pembunuh senyap'. Atas alasan ini, ramai yang tidak sedar akan kehadiran masalah kesihatan ini sehingga mereka berjumpa doktor.

Hipertensi, istilah perubatan bagi tekanan darah tinggi, menunjukkan bahawa jantung berfungsi melampaui had lazim, menyebabkan tekanan tinggi pada jantung dan arteri.

Pertubuhan Malaysia bagi Hipertensi mentakrif hipertensi sebagai keadaan di mana tekanan sistolik adalah lebih daripada 140 mmHg atau tekanan diastolik melampaui 90 mmHg. Secara tipikal, bacaan tekanan darah tinggi sebanyak tiga kali diperlukan dalam tempoh beberapa minggu untuk mendiagnosis keadaan ini.

Darah tinggi boleh menyumbang kepada sakit jantung, strok, kegagalan buah pinggang dan aterosklerosis. Jika keadaan ini tidak dirawat atau tidak diuruskan, jantung terpaksa mengepam dengan lebih kuat lagi untuk bekalan darah beroksigen yang cukup ke organ dan tisu untuk memenuhi keperluan tubuh.

EMPAT DARIPADA 10 ORANG ADA DARAH TINGGI

Di Malaysia, empat daripada 10 warga dewasa mengalami tekanan darah tinggi dengan hanya 26 peratus daripada mereka berjaya mengawal tekanan darah masing-masing.

Kos langsung dan tidak langsung dalam merawat tekanan darah tinggi masing-masing dianggarkan RM2,719 dan RM7,511 bagi setiap pesakit pada 2009.

Selain daripada itu sehingga 85 peratus daripada pesakit mungkin memerlukan lebih daripada satu jenis ubat untuk mengawal tekanan darah, yang menunjukkan perlunya rawatan kombinasi ubat yang berkesan. Ini jelas sekali satu masalah besar kesihatan umum.

"Bagi para doktor, cabaran terbesar ialah mengawal tekanan darah dan mengekalkannya pada paras yang sesuai," kata Presiden Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Sim Kui Hian semasa sidang media baru-baru ini.

Dr Sim, yang juga pakar perunding kardiologi berkata situasi ini menunjukkan perlunya terapi baru bagi tekanan darah tinggi.

MENGAWAL HIPERTENSI

Hypertensi perlu dikawal sepanjang hayat seseorang dan boleh diuruskan melalui sedikit perubahan dalam gaya hidup atau terapi ubat-ubatan. Perubahan kecil dalam gaya hidup boleh membantu dalam menguruskan dengan berkesan paras tekanan darah seperti mengurangkan pengambilan garam dan alkohol, bersenam dan hentikan tabiat merokok.

Tiada siapapun harus memandang remeh akan keadaan ini khasnya dengan simptom-simptom penyakit ini tidak ketara. Mereka dengan usia yang semakin meningkat dan daripada keluarga dengan sejarah penyakit itu perlu lebih berwaspada.

Para pesakit dengan tekanan darah tinggi luarbiasa mungkin mengalami rasa pening atau pendarahan melalui hidung. Bagaimanapun, tanda-tanda ini secara tipikal tidak muncul sehingga tekanan darah mencapai paras yang boleh mengancam nyawa.

TERAPI UBAT

Mereka yang menghidapi hipertensi kini antara lain mempunyai pilihan dalam merawat masalah ini menggunakan ubat Rasilez (aliskiren) - satu ubat yang boleh mengekalkan tekanan dengan konsisten bagi tempoh lebih 24 jam. Ini satu pertimbangan rawatan yang penting, kerana banyak ubat bagi tekanan darah tinggi tidak mempunyai kesan berterusan, khasnya semasa awal pagi apabila tekanan darah meningkat.

Pesakit mengalami kesan yang lebih baik dengan mengekalkan 91 peratus daripada kecekapan dalam mengawal tekanan darah walaupun jika terlepas satu dos ubat ini.Ia berfungsi dengan menyekat RAAS (sistem renin angiotensin aldosterone), inovasi utama dalam merawat tekanan darah tinggi bagi lebih sedekad.


NOTA:Memandangkan kedua orang tua saya adalah pengidap penyakit ini,keberangkalian untuk anak-anak mereka mengidapnya juga tinggi berdasarkan faktor genetik.Jadi cara terbaik untuk menghindari dari mendapat hipertensi adalah dengan cara mengubah cara hidup..bersenam secara lebih teratur,paling kurang 2 kali seminggu selain menjaga dari segi pemakanan.Kekurangan tidur juga boleh menjadi punca kenaikan tekanan darah..tu yang tidur awal je 2-3 hari ni,he he..sekadar berkongsi..Wassalam.


Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Sabtu, Julai 24, 2010

31 Komen:

  1. itulah penyakit bangsa kita...sbb pemakanan kot..

    BalasPadam
  2. Banyak memikir juga boleh kena darah tinggi..mikir nak apdate blog lagi..aduyai!

    BalasPadam
  3. Salam,

    Syukur saya tidak ada darah tinggi...@releven...tu mungkin jugak tu pecah kepala nak pikir entri apa nak letak kat blog he3..

    BalasPadam
  4. slm zul.

    namapun darah tinggi ataupun hyper tension. selain makan minum, jauhilah tensen2 ni...

    bila dh berumur ni, pandai2 la kontrol. slebihnya tserohlah pada takdir

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum,
    Kalau ada darah tinggi, tidur mesti jaga, jangan tidur kurang dari 8 jam semalam, macam kata en pie, jangan tension2, relex aja..

    BalasPadam
  6. adik ku obese.. bnyk penyakit die.. huhu

    BalasPadam
  7. uwan koi,aki,ayah pun ade darah tinggi..

    BalasPadam
  8. harap bro koi mencegahnya lebih elok dari mengubati

    New Entry

    "Review Filem Tekken (2010) : Survival is No Game"

    BalasPadam
  9. salam
    nak kena ubah jugak gaya hidup ni bro..rasa macam terdedah dgn hipertensi aje ni

    BalasPadam
  10. salam zul..
    Koi pun kena berjaga-jaga gak ni atas faktor genetik juga..org umah koi dah ada drh tinggi koi beli mesin check tekanan darah tu je..rege murah 160 digital punya tu

    BalasPadam
  11. Salam...

    Moga sihat hendaknya..

    Hindari makanan yang mempunyai lemak. Ubah cara kehidupan dengan bersenam seminggu 3 kali. Insya Allah...

    BalasPadam
  12. Isteri aku selalu kena darah tinggi..badannya kecil jer. Sebab apa hah?

    BalasPadam
  13. Salam..

    Ustaz Love adalah antara 4 orang daripada 10 orang rakyat Malaysia tu... mungkin sebab keturunan.. arwah mak ayah ada penyakit tu..

    tapi, gaya pemakanan pun memang gaya mcm nak suruh penyakit tu hinggap..hehe

    BalasPadam
  14. alhamdulillah.. darang tinggi takda tapi selalu kurang darah jer..

    BalasPadam
  15. Salam.. zul jangan cepat nak marah..buat cool aje mungkin darah tak jadi tinggi.

    (kawan bz sikit hari ini)

    BalasPadam
  16. salam..
    bahaya penyakit ni..
    apa2 pun, bersenam perlu dilakukan dan pemakanan perlu dijaga :)

    BalasPadam
  17. even seawal 20 an pun penyakit ni boleh datang menyerang, mungkin generasi sekarang mudah mengalami stress

    BalasPadam
  18. me BW here...thanks for sharing..good info
    anyway, salam ziarah from bumi Notts UK

    BalasPadam
  19. salam aok,

    mak ayah koi juga ada . mak koi pula dah tahap buah pinggang rosak dan kena hemoD. ayah koi penin2 selalu , bila di suruh berhenti rokok, mana mahunya, dah berpuloh tahun rokok jadi teman. entah lah, sekarang semua pun dah kena makan ubat sahaja.
    apa2 koi sentiasa doakan kesejahteraan mereka dan kamu juga sahabat koi.

    jom jaga pemakanan, hehehhehe

    BalasPadam
  20. bila dh kena susah nak rawat.. makan ubat terkawal je jalan terbaik, paling penting lakukan senaman berskala. tp tu yg susah nak buat... bz memanjang.. :)

    BalasPadam
  21. moga bro sihat sokmo la ye... jgn tensen2 hehehe

    BalasPadam
  22. Bagus laa ade perkongsian macam ni.. Buka mata orang.. Saye yang belajar medik ni pun pemalas betul mau tulis hal perubatan. Huhu.. Segan lak..

    BalasPadam
  23. Salam tuan,
    darah tinggi memang bahaya dan tak mengenal mangsa dan usia... orang kemetot pun boleh kena penyakit darah tinggi. Tapi setakat ni belum ada lagi kes orang tinggi kena penyakit darah kemetot...


    hehee... ade ke...?

    BalasPadam
  24. errr.. salam,
    setakat ni belum lagi lah sakit darah tinggi.. bab badan saya pun kurus je..

    ;p selalu sakit ujung bulan.. he. he..

    BalasPadam
  25. @♥xaturen♥
    adik sy kurus tinggi baru 19 taun penah ada darah tinggi.. kesan before dia masuk plkn..
    so tak le kata badan kurus xde darah tinggi.. ^^

    BalasPadam
  26. salam
    tidur awal, bangun awal

    setiap penyakit ada ubatnya tapi mencegah lebih baik dari mengubat

    BalasPadam
  27. penyakit darah tinggi dan darah kotor sangat popular dlm org melayu kurang prihatin masalah kesihatan utk info www.dapat.net/lelakikuat

    BalasPadam
  28. salam..
    makin maju negara, makin banyak tekanan yang kita semua kena hadapi..

    BalasPadam
  29. salam..

    sekarang makanan banyak pelik2 penyakit pun apa lagi pelik2 la yg timbullll apa yg penting jaga pemakanan

    BalasPadam
  30. bro pun dah ade dah.... T-T

    BalasPadam