Antara Kelebihan Surah Al-Baqarah






Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda:
Janganlah kamu menjadikan rumah-rumah kamu seperti kubur (hanya untuk tidur sahaja). Sesungguhnya syaitan itu lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah di dalamnya.

(Hadis riwayat Imam Muslim).

-------------------------------------------------------

Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:

1- Kelebihan membaca al-Quran dan rumah yang tidak pernah dibaca al-Quran di dalamnya adalah diumpamakan seperti kubur.

2- Kelebihan membaca surah al-Baqarah dan membacanya sambil mentadabbur (memerhati) dan mengambil contoh isi kandungannya akan dapat menjauhkan syaitan serta menjaga seseorang umat Islam dari godaan dan kesesatannya.



*** Salam hari jumaat al-mubarak..pernah seorang rakan bertanya nak amalkan surah apa jika kita berpindah rumah baru.Oleh yang demikian sesiapa yang ingin berpindah rumah atau menetap di rumah baru yang sudah tidak diduduki orang amalkan surah al-Baqarah ini amat berguna ..wallahualam.
Posted by: Zulkbo zulkboCom Zulkbo Blog Updated at : Jumaat, Julai 09, 2010

16 Komen:

  1. salam...
    baru saya tahu.. besar sungguh fadilat surah Al-baqarah ni ya.. Maklumlah kalau rumah tinggal, syaiton nirojim memang suke menetap kat situ kan..

    terima kasih kongsikan ilmu yang bermanfaat ni.

    BalasPadam
  2. Salam sdra...

    Moga sdra sihat hendaknya..

    Untuk perlindungan dari segala kejahatan,

    Abu Mas’ud Albadri r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud, “Barangsiapa yang membaca dua ayat dari akhir surat Al-Baqarah, maka cukuplah baginya.” (dari hal-hal yang membencikan dan menurut sebahagian pendapat; sama dengan bersembahyang malam) (Riwayat Bukhari Muslim)

    BalasPadam
  3. Salam Jumaat,

    Terima kasih atas info yang baik.

    BalasPadam
  4. salam,
    terima kasih atas ilmu pengetahuan yang diberi...

    BalasPadam
  5. bahaya kalau rumah tinggal terlalu lama..takut makhluk asing yang akan memenuhinya..oleh itu, surah al- baqarah adalah pendindingnya..

    BalasPadam
  6. salam jumaat...

    trima kasih atas info2 yg berguna....
    sememangnya ayat-ayat suci al-quran adalah pendinding umat islam...

    BalasPadam
  7. salam ziarah di pagi jumaat yg mulia.


    Ayat2 Allah mempunyai keberkatan tersendiri. Melazimkan diri dgn ayat2 Allah akan menjadikan hidup diberkati.

    BalasPadam
  8. Salam selamat hari jumaat juga zul semoga kita semua di cucuri dan rahmatnya jua amin.

    BalasPadam
  9. salam hari jumaat cik zul
    terima kasih berkongsi info
    mudah2an terpeliharalah isi rumah ,amin:)

    BalasPadam
  10. salam jumaat untuk en zul..
    satu info yg menarik untuk dikongsi dan diamalkan

    BalasPadam
  11. Salam Jumaat...

    jgn pasni ade org gantung ayat2 dr surah al-baqarah kat dinding plak yek...kena baca n hayati mksudnyer te...thanks 4 sharing... :)

    BalasPadam
  12. baru angah tahu yg surah nie ada manfaat untuk di baca tapi angah rajin gak lepas solat hari khamis malam jumaat mengajiii abg zul????

    BalasPadam
  13. wah! thnkz nice info...

    BalasPadam
  14. perkongsian yang baik ni saudara, semoga diberkati semuanya

    BalasPadam
  15. Tanpa Nama25 Julai, 2010

    slm..
    emm..
    pe lg klbhn surh al bqarah nie??

    BalasPadam
  16. Thanks kpd yg sudi berkongsi ilmu....InsyaALLAH...semoga bayi saya tak lagi menangis malam...AMIN.

    BalasPadam